Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11082
Title: Pengaruh kemeruapan indeks harga pengguna Amerika Syarikat terhadap kestabilan indeks harga pengguna Malaysia : aplikasi model ARMA-ARIMA
Authors: Christina Micheal
Keywords: Kemeruapaan
indeks harga pengguna
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini menganalisis kemeruapan indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat dan Malaysia bagi tempoh 30 tahun iaitu dari 1970 hingga 2008. Dalam kajian ini hanya satu pemboleh ubah iaitu indeks harga pengguna digunakan sebagai penentu insiden inflasi Amerika Syarikat dan Malaysia. Model ARIMA ataupun di kenali sebagai pendekatan Box-Jenkins digunakan dalam kajian ini bagi menentukan kesinambungan IHP Amerika Syarikat dan Malaysia. Sebelum memilih model yang sesuai, ujian punca unit telah digunakan untuk menguji kepegunan dan mengenal pasti integrasi pada setiap pemboleh ubah. Kedua, untuk mendapatkan kemeruapan yang baik, kajian ini telah mengenal pasti tahap auto-korelasi (AR) dan pergerakan rawak purata (MA) bagi keseluruhan data siri masa kajian untuk membentuk kombinasi AR dan MA yang dikenali sebagai model ARMA. Dalam kajian ini, ARIMA yang paling sesuai dipilih bagi kedua-dua negara kajian adalah bersamaan dengan ARIMA (3, 1,2). Secara keseluruhan, terdapat kemeruapan di antara IHP Amerika Syarikat dan Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11082
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 9 FPE 1 2010 Abstract.pdf501.9 kBAdobe PDFView/Open
LP 9 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.36 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.