Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11081
Title: | Kemapanan ekonomi dan bebanan hutang luar Malaysia : aplikasi model vektor pembetulan ralat (VECM) |
Authors: | Aszree Salleh |
Keywords: | kemapanan ekonomi hutang luar |
Issue Date: | 2010 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kajian ini menganalisis hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara prestasi hutang luar dan pretasi makroekonomi Malaysia. Prestasi makroekonomi dalam kajian ini merujuk kepada hasil pendapatan kerajaan, imbangan pembayaran dan rizab kerajaan Malsysia. Dalam kajian ini, pendekatan siri masa ekonometrik berasaskan data berbentuk tahunan sepanjang tempoh 1988 hingga 2008 telah diguna pakai. Penggunaan kaedah ko-integrasi dalam kajian ini berperanan untuk mengenal pasti hubungan jangka panjang. Sementara, kaedah penganggaran model vektor pembetulan ralat (VECM) pula diaplikasikan memperoleh hubungan dinamik jangka pendek. Hasil penemuan kajian menunjukkan kewujudan hubungan signifikan bersifat jangka panjang dan jangka pendek antara hutang luar dan pemboleh ubah makroekonorni kajian dengan 13 peratus penyelarasan bagi mencapai keseimbangan dalam tempoh jangka panjang. Secara keseluruhan, hasil penemuan kajian ini menunjukkan bahawa hutang luar Malaysia bersifat lebih 'mapan' dengan prestasi makroekonomi yang memberangsangkan, sungguhpun telah mengharungi pelbagai senario ketidakstabilan ekonomi dalam tempoh 2 dekad yang lalu |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11081 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 4 FPE 1 2010 Abstract.pdf | 509.23 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 4 FPE 1 2010 Full Text.pdf Restricted Access | 1.97 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.