Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11078
Title: Sumbangan guna tenaga dalam pelbagai sektor di Malaysia : analisis siri masa
Authors: Ahmad Ashmal Azizan
Keywords: Guna tenaga
Pendidikan
Kesihatan
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Guna tenaga bermaksud tenaga manusia yang merangkumi semua orang yang berumur di antara 15 hingga 64 tahun sama ada bekerja atau tidak. lni termasuklah mereka yang giat mencari perkerjaan. Golongan yang terkeluar dari istilah guna tenaga ialah suri rumah, pelajar, mereka yang tidak mencari pekerjaan secara aktif serta pesara. Mengikut hasil kajian Pi-Chung Han (2007), beliau mendapati pertumbuhan jumlah guna tenaga akan meningkatkan jumlah buruh yang berkemahiran seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara. Menurut Adler dan Ostrove (1999), terdapat hubungan positif antara kesihatan dan status sosioekonomi. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi sumbangan guna tenaga di dalam pelbagai sektor. Pembolehubah-pembolehubah yang digunakan untuk menerangkan hubungan sumbangan guna tenaga ke atas peningkatan KDNK negara ialah jumlah penyertaan guna tenaga, kesihatan Uangka hayat) dan juga pendidikan (kadar celik huruf). Dalam kajian ini, perisian E-Views digunakan untuk mendapatkan hasil kajian dan mendapati keputusannya menepati objektif yang telah ditentukan dari awal permulaan kajian 1rn. Berdasarkan hasil yang diperolehi, didapati kesemua pembolehubah yang dikaji telah menerangkan dengan baik hubungan sumbangan guna tenaga dan peningkatan pendapatan negara. Jumlah guna tenaga dan jangka hayat merupakan pembolehubah yang signifikan dalam kajian ini. Pengujian t dan F yang diperolehi menerangkan kekuatan hubungan antara guna tenaga dan sumbangannya berdasarkan KDNK. Guna tenaga amat penting sebagai penyumbang kepada produktiviti dan peningkatan ekonomi negara.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11078
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 1 FPE 1 2010 Abstract.pdf506.24 kBAdobe PDFView/Open
LP 1 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.64 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.