Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11070
Title: Analisis peranan zakat terhadap pembangunan masyarakat di Terengganu
Authors: Emmy Nur Shuhada Ishak
Keywords: Keluk Lorenz
Model Pekali Gini
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Keberkesanan Zakat
Issue Date: 2009
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana zakat berperanan dalam mengatasi masalah agihan pendapatan dan kemiskinan di kalangan masyarakat di Kuala Terengganu. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk mengkaji trend atau corak agihan zakat kepada masyarakat di negeri Terengganu, mengkaji pertumbuhan ekonomi penerima zakat di Kuala Terengganu serta mengkaji keberkesanan agihan zakat dalam usaha membasmi masalah agihan pendapatan dan kemiskinan masyarakat di Kuala Terengganu dengan menggunakan Keluk Lorenz, analisis pekali Gini dan analisis perbandingan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada penerima-penerima zakat bagi skim bantuan bulanan, sara hidup dan bantuan modal pemiagaan di sekitar Kuala Terengganu telah dipilih sebagai sempel kajian. Tahap kemiskinan masyarakat di Kuala Terengganu telah dipilih sebagai pemboleh ubah bersandar manakala jumlah pendapatan responden sebelum dan selepas menerima zakat merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Kajian ini menunjukkan bahawa keberkesanan zakat dalam membasmi masalah agihan pendapatan dan kemiskinan di kalangan masyarakat di Kuala Terengganu masih lagi di tahap yang rendah. Namun begitu, hasil yang diperoleh daripada analisi perbandingan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) menunjukkan bahawa zakat mampu untuk meningkatkan taraf hidup penerima-penerimanya sekaligus dapat membasmi masalah kemiskinan di dalam masyarakat di negeri Terengganu.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11070
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 9 FPE 2 2009 Abstract.pdf497.57 kBAdobe PDFView/Open
LP 9 FPE 2 2009 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.64 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.