Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10953
Title: Kesan harga pasaran komoditi utama terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia
Authors: Jupia Sia
Keywords: LP 15 FPE 2 2009
Jupia Sia
Issue Date: 2009
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini mengupas tentang hubungan di antara harga komoditi-komoditi utama dengan pertumbuhan ekonomi negara. Harga pasaran komoditi tidak selalu berada pada tingkat yang stabil serta sering kali mengalami kenaikan atau penurunan yang mendadak. Turun naik harga komoditi dilihat memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi sama ada meningkat ataupun sebaliknya kepada negara yang bergantung pada komoditi tersebut. Getah, minyak kelapa sawit dan minyak mentah dipilih sebagai komoditi utama yang memberi kesan kepada ekonomi negara ini. Kajian ini menganalisis hubungan kedua-dua antara pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar setelah menjalani ujian kepegunan data dan ujian kointegrasi dan ujian penyebab Granger. Ujian kointegrasi digunakan bagi mengenalpasti sama ada terdapat hubungan jangka panjang atau jangka pendek di kalangan pembolehubah. Dalam kajian ini, tidak wujud hubungan jangka panjang tetapi terdapat hubungan jangka pendek yang telah berjaya dikenal pasti. Didapati, terdapat hubungan sehala di kalangan pembolehubah-pembolehubah siri masa selepas menjalani analisis Granger. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kesan harga komoditi yang terpilih dalam kajian ini terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah agak minima.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10953
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 15 PFE 2 2009 Abstract.pdf352.17 kBAdobe PDFView/Open
LP 15 PFE 2 2009 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.04 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.