Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10726
Title: Analisis kualiti buruh kesan ke atas pendapatan : kajian kes di Kuala Terengganu / Carolyne Lua
Authors: Carolyne Lua
Keywords: LP 6 FPE 2 2009
Carolyne Lua
Issue Date: 2009
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Matlamat untuk melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama terus menjadi cabaran yang semakin mendapat perhatian dan penekanan di Malaysia. Pelbagai usaha yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti sumber manusia di dalam negara untuk melahirkan tenaga kerja yang produktif dan berdaya saing. lni penting bagi menjana pertumbuhan pendapatan bagi negara secara umumnya dan rakyatnya secara amnya. Namun, usaha ini tidak mungkin berjaya tanpa kerjasama dan sokongan daripada pihak swasta dan masyarakat. Dalam strategi membangunkan tenaga kerja yang efektif adalah penting untuk mengenalpasti faktor-faktor kualiti buruh.yang relevan bagi mempengaruhi pendapatan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor kualiti buruh iaitu pendidikan, kemahiran, latihan semasa bekerja dan pengalaman dan kesannya ke atas pendapatan. Data untuk kajian ini diperolehi melalui seal selidik dan perisisan SPSS digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Dalam kajian ini, analisis menfokus kepada dua model iaitu model regresi mudah dan model regresi berbilang. Hasil kajian menunjukkan hanya dua faktor kualiti buruh yang releven untuk mempengaruhi pendapatan dalam kajian ini iaitu pendiidkan dan kemahiran dan secara keseluruhan wujud hubungan di antara semua faktor yang dikaji dengan pendapatan. Kajian ini juga mencadangkan beberapa langkah perlu diambil untuk memperkasakan lagi pembangunan modal insan di Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10726
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 6 FPE 2 2009 Abstract.pdf371.33 kBAdobe PDFView/Open
LP 6 FPE 2 2009 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.51 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.