Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10548
Title: | Penilaian kontingen ke atas pemuliharaan dan pengekalan Taman Budaya Sarawak |
Authors: | Lee Mei Hua |
Keywords: | LP 20 FPE 2 2009 Lee Mei Hua |
Issue Date: | 2009 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Pemuliharaan kawasan seperti Taman Budaya Sarawak merupakan salah satu pendekatan yang digunakan bagi memastikan kawasan yang kaya dengan kepelbagaian ekologi, biologi dan warisan kebudayaan penduduk terus dipelihara. Perlindungan dan pemuliharaan Taman Budaya Sarawak menghidupkan kembali adat budaya yang hampir pupus ditelan zaman untuk generasi hadapan dan juga sumber tarikan pelancong. Menyedari akan pentingnya pemuliharaan dan pengekalan sumber semulajadi maka, kajian ini adalah bertujuan untuk membuat anggaran nilai kesanggupan membayar (WTP) dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesanggupan membayar ke atas pengekalan dan pemuliharaan Taman Budaya Sarawak. Kajian ini mengaplikasi Kaedah Penilaian Kontingan (CVM) untuk menganggarkan WTP individu terhadap program pemuliharaan dan pengekalan Taman Budaya Sarawak. Hasil kajian mendapati purata nilai WTP individu sebanyak RM45.90. Keputusan ini menunjukkan pengunjung sanggup membayar pada jumlah yang agak tinggi untuk memulihara dan mengekalkan keindahan serta kemudahan rekreasi Taman Budaya Sarawak, di mana taburan pendapatan responden adalah lingkungan RM1001 hingga RM1500 sebulan. Dalam kajian ini beberapa strategi dan cadangan telah dikemukakan sebagai panduan kepada pihak yang terbabit dalam memastikan nilai dan budaya serta perlindungan terhadap alam sekitar terus diberi perhatian yang sewajarnya. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10548 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 20 FPE 2 2009 Abstract.pdf | 358.79 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 20 FPE 2 2009 Full Text.pdf Restricted Access | 4.04 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.