Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10529
Title: Pelaburan langsung asing dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia : satu kajian empirikal
Authors: Norasmah Kassim
Keywords: Norasmah Kassim
LP 34 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan penyebab jangka panjang dan jangka pendek di antara pelaburan langung asing dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu, kajian ini juga menganalisis tren pertumbuhan pelaburan langsung asing dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia dalam tempoh 1980-2007. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian kointegrasi, ujian penyebab Granger dan ujian penyebab Granger jangka pendek (Wald). Keputusan diperolehi menunjukkan bahawa pelaburan langsung asing dan pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan jangka panjang tetapi dalam jangka pendek tidak mempunyai hubungan. Ujian penyebab Granger pula menunjukkan bahawa pelaburan langsung asing bukan penyebab kepada pertumbuhan ekonomi tetapi pertumbuhan ekonomi merupakan penyebab kepada pelaburan langsung asing iaitu mempunyai hubungan satu hala. Selain itu, hasil keputusan regresi menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah bebas iaitu, pelaburan langsung asing, pelaburan swasta, guna tenaga, eksport dan penggunaan kerajaan berhubungan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Hasil daripada dapatan kajian dapat mencadangkan bahawa kestabilan ekonomi dan peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi negara dapat memberi keyakinan kepada pelabur untuk kekal melabur di Malaysia selain daripada insentif-insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada pelabur asing.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10529
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 34 FPE 2 2009 Abstract.pdf348.36 kBAdobe PDFView/Open
LP 34 FPE 2 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
4.12 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.