Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10526
Title: Analisis corak perbelanjaan pengguna di kawasan bandar /
Authors: Muhammad Izwan Effendi
Keywords: Muhammad Izwan Effendi
LP 31 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini adalah untuk membuat analisis corak perbelanjaan pengguna di kawasan bandar. Perbelanjaan merupakan kesanggupan dan keinginan pengguna memperuntukkan pendapatan mereka terhadap barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan dan kehendak mereka untuk memaksimumkan utiliti dan kepuasannya. Perbelanjaan isi rumah juga merupakan salah satu komponen dalam menentukan keseimbangan pendapatan negara. Corak perbelanjaan adalah berbeza bagi setiap individu di mana kemampuan, gaya hidup dan budaya setiap individu adalah berbeza. Hasil kajian menunjukkan pengguna di kawasan bandar paling banyak berbelanja ke atas kategori barang makanan bagi perbelanjaan bulanan dan pendidikan bagi perbelanjaan tahunan. Makanan merupakan barang mesti dalam ekonomi dan pendidikan pula adalah penting dalam menentukan taraf hidup pada masa hadapan. Model yang dibina akan menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar dalam fungsi matematik. Kajian ini juga mendapati pembolehubah tingkat pendapatan bulanan sangat mempengaruhi jumlah perbelanjaan pengguna di kawasan bandar. Secara keseluruhan, nilai R.2 dalam analisis ini adalah 0.597 yang menunjukkan pembolehubah-pembolehubah bebas dapat mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu jumlah perbelanjaan secara keseluruhan. Kajian ini juga mencadangkan beberapa strategi untuk digunakan oleh penggubal dasar bagi merangka pelbagai dasar serta program bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup chm ekonomi negara.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10526
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 31 FPE 2 2009 Abstract.pdf417.64 kBAdobe PDFView/Open
LP 31 FPE 2 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
5.4 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.