Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10524
Title: Analisis gelagat perbelanjaan isi rumah akibat daripada perubahan struktur ekonomi di Malaysia
Authors: Mohd Faizal Awab
Keywords: Mohd Faizal Awab
LP 28 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Perbelanjaan isi rumah memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi di dalam negara. Perbelanjaan ke atas barang-barang dan perkhidmatan akan meningkatkan lagi keluaran dalam negara seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Menurut Stephen (2001), isi rumah bertindakbalas dengan situasi ekonomi semasa dengan mengubah kategori khusus dalam perbelanjaannya dimana perubahan struktur perbelanjaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan perubahan struktur ekonomi semasa. Walton dan Manuelyen (1998) mengatakan bahawa proses memahami situasi ek:onoiiii bagi isi rumah dapat dilihat melaltii tingk:at petbelanjaan bagi isi rumah dalam sesebuah negara dimana terdapat hubungan yang signifikan antara tingkat perbelanjaan dan petumbuhan ekonomi semasa. Oleh yang demikian, kajian ini dljalankan bagi melthat sejauhmana perubahan struktur pertumbuhan ekonomi mampu mempengaruhi perbelanjaan ke atas penggunaan semasa isi rumah di Malaysia. Pengukuran dibuat melalui pengumpulan data sekunder daripada jumlah penggunaan di Malaysia mengikut tahun dan pengumpulan data primer bagi melihat corak perbelanjaan semasa isi rumah di Malaysia. Analisis data sekunder adalah dengan menggunakan perisian eviews 5 manakala data primer hanya di analisis melalui kaedah analisis diskriptif. Dapatan kajian telah menunjukan bahawa perbelanjaan isi rumah sememangnya dipengaruhi oleh perubahan struktur ekonomi lebih-lebih lagi yang melibatkan perubahan pembolehubah makroekonomi seperti keluaran dalam negara, pendapatan per kapita dan juga kadar inflasi dalam sesebuah negara.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10524
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 28 FPE 2 2009 Abstract.pdf515.7 kBAdobe PDFView/Open
LP 28 FPE 2 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
3.56 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.