Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10522
Title: Analisis pengangguran dan impak kepada ekonomi Malaysia
Authors: Mohd Azlie Rusman
Keywords: Mohd Azlie Rusman
LP 26 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pengangguran merupakan salah satu daripada masalah ekonomi yang sememangnya menjadi beban kepada masyarakat dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi negara. Oleh itu, perhatian yang serius perlu di ambil oleh pelbagai pihak terutama kerajaan bagi membendung masalah ini daripada terus membelenggu masyarakat. Pengangguran akan sentiasa bertambah, seiring pertambahan penduduk sesebuah negara selain disebabkan pelbagai faktor lain. Meskipun mereka yang menganggur terdiri dari pelbagai peringkat umur tetapi sering dikaitkan dengan para belia kerana ramainya lepasan sekolah yang tidak mempunyai pekerjaan. Justeru itu, kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis isu pengangguran seterusnya melihat apakah kesan pengangguran ini kepada ekonomi Malaysia secara amnya dan Ketuaran Datam Negarab Kasar (KDNK) secara khasnya. Model yang dibina akan menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah-pembolehubah bebas dalam fungsi matematik. Kaedah ekonomitrik yang dipilih adalah Regrasi Linier Berbilang dan di proses dengan bantuan perisian "Statistical Package For Social Science" (SPSS) bertujuan untuk menentukan kesignifikanan sesuatu pembolehubah yang dikaji.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10522
Appears in Collections:Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 26 FPE 2 2009 Abstract.pdf374.5 kBAdobe PDFView/Open
LP 26 FPE 2 2009 Full text.pdf
  Restricted Access
2.4 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.