Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10470
Title: Kajian tentang penilaian ciri-ciri optik nyata bagi DCOM (bahan organik terlarut) di perairan Kuala Terengganu
Authors: Nur Aida Samiun
Keywords: LP 37 FMSM 2 2007
Nur Aida Samiun
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian tentang penilaian ciri-ciri optik nyata dan hubungannya dengan Bahan Organik Terlarut (CDOM) telah dijalankan di sekitar perairan Kuala Terengganu. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui tentang taburan kepekatan CDOM dan perhubungannya dengan parameter radiometer iaitu Rrs dan Kd. Kajian dilakukan sebanyak 22 stesen di sepanjang perairan Kuala Terengganu iaitu pada 14 September 2006 dan 17 September 2006. Dalam kajian, parameter radiometer AOP seperti sinaran pusuan naik dan pekali pelemahan peresapan diukur di kawasan lapangan. Penyerapan CDOM yang paling tinggi di kawasan kajian adalah dari l.3-l.8m· 1 pada 400nm. Di dapati juga CDOM boleh diukur dengan menggunakan nilai Rrs pada panjang gelombang 676 melalui hubungan linear. Seterusnya, di dapati bahawa keseluruhan nilai Ki tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan CDOM. Kajian juga menunjukkan di bawah cahaya yang nyata pada setiap stesen di perairan Kuala Terengganu boleh dibahagikan kepada dua iaitu Kes 1 dan Kes 2. Kes 1 didapati pada stesen 5 hingga stesen 12 manakala Kes 2 pula dominan pada stesen 21 dan stesen 22.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10470
Appears in Collections:Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 37 FMSM 2 2007 Abstract.pdf723.31 kBAdobe PDFView/Open
LP 37 FMSM 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.74 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.