Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10455
Title: Nilai-nilai murni, masalah sosial dan pembangunan seimbang di Terengganu
Authors: Irdawati Mahdi
Keywords: LP 14 FPE 2 2009
Irdawati Mahdi
Issue Date: 2009
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pembangunan seimbang boleh dicapai dengan memperbaiki kualiti hidup di samping pengurangan dalam kadar masalah sosial ke tahap yang minima. Namun, pembangunan yang berterusan seakan-akan meminggirkan pembentukan nilai-nilai murni ke atas personaliti individu. Hal ini akan meningkatkan kadar masalah sosial yang berlaku disebabkan tiada kesedaran di dalam diri individu. Berdasarkan Statististik Jenayah lndeks yang dikeluarkan lbu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, setiap tahun menunjukkan berlaku peningkatan dalam kadar jenayah. lni merupakan satu masalah yang harus diambil perhatian oleh pelbagai pihak kerana kini dapat dilihat pembangunan di Terengganu semakin rancak dijalankan lebih-lebih lagi dengan pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Tujuan utama kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis hubungan nilai-nilai murni, masalah sosial dan pembangunan seimbang di Terengganu. Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada pelajar sekolah menengah di beberapa sekolah menengah di sekitar Kuala Terengganu. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis faktor dan model regresi berbilang. Satu model telah dibina untuk melihat hubungan antara masalah sosial dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Daripada analisis yang dijalankan didapati masalah sosial di kalangan pelajar lelaki melebihi pelajar perempuan. Hasil kajian turut mendapati pendapatan dan masalah sosial berhubung secara negatif iaitu semakin berkurangan pendapatan akan meningkatkan masalah sosial di kalangan pelajar. Beberapa cadangan turut dikemukakan bagi meningkatkan amalan nilai murni serta membendung masalah sosial antaranya melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan kerjasama sosial daripada pelbagai pihak.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10455
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 14 FPE 2 2009 Abstract.pdf387.37 kBAdobe PDFView/Open
LP 14 FPE 2 2009 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.5 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.