Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10454
Title: Penilaian ekonomi ke atas projek Ladang Merdeka Padi Kada di Kelantan
Authors: Ida Ayuni Rahim
Keywords: LP 13 FPE 2 2009
Ida Ayuni Rahim
Issue Date: 2009
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu atau nama singkatannya KADA adalah sebuah badan berkanun yang buat masa ini terletak di bawah Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani. Fokus utama KADA ialah dalam pengeluaran padi tetapi KADA juga memberi tumpuan kepada industri bukan padi iaitu industri asas tani, ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ladang Merdeka Padi KADA merupakan penanaman padi secara berkelompok yang mana pihak KADA telah menyatukan tanah sawah petani untuk diusahakan. Kajian ini ingin melihat penggunaan teknologi dalam penanaman padi, pencapaian dari segi jumlah pengeluaran padi dan kesan sampingan kepada pekerja ladang. Kajian ini juga memuatkan kajian empirikal yang dibuat oleh penyelidik lain. Penyelidik menggunakan data primer iaitu melalui borang soal selidik yang mana melibatkan responden seramai 50 orang yang terdiri daripada pekerja ladang. Perisian SPSS dan Microsoft Excel akan digunakan untuk menganalisis data yang dikumpulkan. Di akhir kajian ini, penyelidik akan mengemukakan dasar yang dibuat oleh kerajaan dan juga memberi cadangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10454
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 13 FPE 2 2009 Abstract.pdf524.94 kBAdobe PDFView/Open
LP 13 FPE 2 2009 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.1 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.