Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10452
Title: | Migrasi generasi muda Felda : punca dan kesan terhadap sosioekonomi komuniti Felda |
Authors: | Faizah Sahat |
Keywords: | LP 10 FPE 2 2009 Faizah Sahat |
Issue Date: | 2009 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Belia Felda merupakan generasi muda yang berumur 16 hingga 40 tahun, dan mereka juga dikenali sebagai generasi ke 2 atau ke 3 atau generasi baru dan juga merupakan pewaris peneroka dalam mengusahakan 10 ekar di penempatan tertentu untuk mengerjakan ladang kelapa sawit ataupun getah khususnya dan juga tempat tinggal di sebuah kampung terancang, tujuan pemberian tersebut adalah untuk perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial serta kestabilan politik negara. Namun kini setelah 50 tahun penubuhan, pihak Felda dan peneroka terpaksa berhadapan dengan masalah di mana tiada pewaris atau dengan kata lain anak-anak Felda ini langsung tidak berminat untuk menyambung pekerjaan ibu bapa mereka dan kebanyakan melakukan migrasi keluar dari Felda bagi mencari peluang pekerjaan lain di sektor-sektor swasta dan juga awam. Hal ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada sosioekonomi peneroka dari segi pendapatan, corak kehidupan dan lain-lain lagi. Oleh itu kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti punca atau faktor migrasi dikalangan generasi muda Felda dan mengkaji kesan migrasi tersebut terhadap sosioekonomi komuniti Felda. Untuk tujuan ini sebanyak 150 keping soal selidik telah diedarkan kepada belia Felda yang telah migrasi di dua buah Felda di wilayah negeri Johor iaitu Felda Maokil dan Felda Kahang Timur,Kluang, untuk mendapatkan respon mengenai migrasi yang dilakukan. Bagi menjawab objektif kajian ini maklumat-maklumat yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan model yang digunakan adalah model Binari Logit. Hasil yang diperolehi mendapati faktor belia Felda melakukan migrasi adalah untuk mencari pekerjaan dan mereka bermigrasi ketika umur 25 tahun ke atas. Selain itu juga hasil kajian mendapati migrasi yang dilakukan sememangnya memberi kesan kepada keluarga dan responden bagi aspek sosial dan ekonomi, sekurang-kurangnya dua pembolehubah bebas yang mempengaruhi pembolehubah bersandar. Pembolehubah bersandar adalah kesan migrasi dari aspek sosioekonomi kepada keluarga responden iaitu belia Felda itu sendiri. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10452 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 10 FPE 2 2009 Abstract.pdf | 562.78 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 10 FPE 2 2009 Full Text.pdf | 2.96 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.