Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10448
Title: | Persepsi pengguna Islam terhadap penggunaan logo halal Jakim |
Authors: | Faradzillah Ismail |
Keywords: | LP 1 FPE 3 2007 Faradzillah Ismail |
Issue Date: | 2007 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kajian ini dijalankan untuk menentukan persepsi pengguna Islam terhadap penggunaan logo halal JAKIM. Kajian ini dijalankan di sekitar Kawasan Kuala Terengganu yang melibatkan seratus orang responden yang telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat dan pandangan mereka tentang kajian ini. Temubual yang dijalankan adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang berstruktur. Soalan soal selidik adalah direkabentuk sendiri dan juga dipinjam dari kajian lepas dan telah diuji dengan pengukuran alpha. Alpha yang diperolehi ialah 0.8637. Pengiraan peratusan dan frekuansi bagi semua data dianalisi dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Rumusan yang dibuat berdasarkan kepada pengiraan-pengiraan tersebut dan hasil kajian ini dibentangkan dalam bentuk jadual dan penyataan. Hasil daripada kajian ini mendapati majoriti pengguna Muslim mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan logo halal JAKIM dan maklumat-maklumat terkini mengenai logo halal JAKIM adalah panting kepada mereka dalam menentukan kehalalan produk makanan harian mereka. Pengguna Islam berpandangan mencari yang halal adalah fardu bagi umat Islam. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10448 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 1 FPE 3 2007 Abstract.pdf | 472.16 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 1 FPE 3 2007 Full Text.pdf Restricted Access | 3.11 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.