Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10284
Title: | Kajian tentang pengangkutan sedimen dan perubahan morfologi pantai di sepanjang persisiran pantai Kuala Terengganu hingga Kuala Chendering, Terengganu Darul Iman |
Authors: | Noraisyah Sapon |
Keywords: | LP 32 FMSM 2 2007 Noraisyah Sapon |
Issue Date: | 2007 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kajian terhadap Kajian Tentang Pengangkutan Sedimen dan Perubahan Morfologi Pantai telah dilakukan di Sepanjang Pesisiran Pantai Kuala Terengganu hingga Kuala Chendering. Penyampelan dilakukan pada bulan Ogas 2006, September 2006, Januari 2007 dan Februari 2007. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji corak pengangkutan sedimen dan morfologi pantai di sepanjang pantai tersebut. Di samping itu, arah pergerakan sedimen dapat dikenalpasti di kawasan pesisir pantai. Sampel diambil dari lapan stesen yang merangkumi tiga zon litoral iaitu air pasang tertinggi, air pasang pertengahan dan air pasang terendah. Perubahan profit pantai yang berlaku di setiap stesen sepanjang tempoh kajian adalah sentiasa berubah - ubah mengikut masa. Dalam kajian ini juga didapati bahawa pasir halus yang mempunyai sisihan sempurna, kepencongan sangat negatif dan kurtosis yang paling leptokurtik telah mendominasi kawasan kajian dari bulan Ogas hingga Februari. Julat kecerunan pantai di setiap stesen sepanjang tempoh kajian adalah antara 1.74° hingga 20.05° dengan nilai purata kecerunan 9.23 °. Seterusnya, julat purata kelebaran pantai yang diperolehi adalah antara 14 m hingga 84 m. Kajian ini juga menunjukkan adanya daya luar yang bertindak iaitu kelajuan angin, arah angin, arus pasang surut dan tindakan ombak di sepanjang pesisir pantai lokasi kajian dan telah membentuk arah gerakan sedimen di lokasi kajian. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10284 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 32 FMSM 2 2007 Abstract.pdf | 458.05 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 32 FMSM 2 2007 Full Text.pdf Restricted Access | 7 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.