Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10279
Title: Kandungan dan taburan hidrokarbon alifatik (TAH) dan hidrokarbon aromatik (PAH) di dalam sedimen permukaan tanah lembab Setiu, Setiu Terengganu
Authors: Nor Afzanizan Ariffin
Keywords: LP 31 FMSM 2 2007
Nor Afzanizan Ariffin
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini adalah mengenai Kandungan dan Taburan Kepekatan Hidrokarbon Alifatik (T AH) dan Hidrokarbon Aromatik (P AH) di dalam sedimen permukaan di Tanah Lembap Setiu. Untuk melaksanakan kajian ini sebanyak 6 stesen telah dipilih dan dua kali peyampelan dilakukan. Untuk mengetahui kawasan mana yang paling tercemar setiap data yang diperolehi di bandingkan mangikut stesen dan juga waktu persampelan untuk mengetahui samada paras kepekatan hidrokarbon di setiap stesen meningkat atau menurun. Pada persampelan pertama julat jumlah hidrokarbon alifatik (TAH) adalah diantara 0.4125μg.g· 1 hingga 0.8731μg.g· 1 berat kering dan hidrokarbon aromatik (PAH) ialah antara 0.0480μg.g· 1 hingga 0.1614μg.g· 1 berat kering. Manakala untuk persampelan kedua julat untuk kedua-dua hidrokarbon adalah antara 0.2 l 90μg.g· 1 hingga 2.7791μg.g· 1 berat kering untuk TAH dan antara 0.0519μg.g· 1 hingga 2.350μg.g" 1 berat kering untuk PAH. Kepekatan TAH yang paling tinggi adalah di stesen 1, 0.8731 μg.g· 1 untuk persampelan pertama dan stesen 3, 2.7790μg.g· 1 untuk persampelan kedua. Manakala untuk PAH kepekatan yang paling tinggi untuk persampelan pertama adalah di stesen 6, 0.1614μg.g·1 dan persampelan kedua di stesen 1, 2.7791μg.g· 1 • Melalui keputusan yang diperolehi juga didapati bahawa kepekatan hidrokarbon pada penyampelan kedua meningkat daripada penyampelan pertama. Untuk TAH kesemua stesen menunjukkan peningkatan sebaliknya untuk PAH hanya stesen 5 menunjukkan penurunan paras kepekatan PAH didalam sampel daripada 0.0913μg.g· 1 kepada 0.0520μg.g· 1 dan perbezaanya adalah sebanyak 0.0493μg.g· 1 • Walaupun berlaku peningkatan kepekatan hidrokarbon di kawasan kajian, namun demikian paras pencemaran hidrokarbon di Tanah Lembap Setiu masih lagi tidak terlalu merbahaya dan terkawal.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10279
Appears in Collections:Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 31 FMSM 2 2007 Abstract.pdf417.42 kBAdobe PDFView/Open
LP 31 FMSM 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.82 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.