Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10278
Title: Kajian taburan saiz sedimen, kepelbagaian komposisi kimia dan perubahan profil pantai di sepanjang pantai Dungun
Authors: Noor Salina Wati Abu Kasin
Keywords: LP 30 FMSM 2 2007
Noor Salina Wati Abu Kasin
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian taburan saiz sedimen, kepelbagaian komposisis kimia dan perubahan profil pantai telah dijalankan di Pantai Kampung Rantau Abang hingga Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui perbezaan tabuan saiz sedimen, komposisi dan bentuk profil pantai di setiap stesen kajian. Di sepanjang keduadua pantai tersebut, stesen kajian telah dibahagikan kepada lapan stesen di mana jarak bagi setiap stesen adalah 1.5 km hingga 1.8 km. Penyampelan di setiap stesen tersebut dilakukan sebanyak empat kali iaitu pada bulan September 2006, November 2006 dan Januari 2007. Penyampelan bagi data profil pantai merangkumi kawasan berm sehingga kawasan low tide (LT) pantai. Bagi tujuan analisis sedimen pula, penyampelan dilakukan dari kawasan high tide (HT), mid tide (MT) dan low tide pantai. Sepanjang tempoh kajian, perubahan profil pantai yang berlaku di setiap stesen sentiasa berubah mengikut masa. Dalam kajian ini juga didapati bahawa pasir kasar, sisihan hampir sempurna, kepencongan sangat negatif dan kurtosis paling leptokurtik telah mendominasi kawasan kajian. Julat purata min didapati di antara 0.40 phi hingga 1.03 phi; julat purata sisihan ialah antara 0.49 phi hingga 0.82 phi; julat purata bagi kepencongan pula adalah antara - 0.09 hingga 0.18 manakala julat purata bagi kurtosis adalah 3.06 hingga 4.79. Julat kecerunan pantai sepanjang tempoh kajian adalah antara 4.43° hingga 9.09°. Komposisi unsur kimia pula terdiri daripada kuarza dan felspar.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10278
Appears in Collections:Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 30 FMSM 2 2007 Abstract.pdf420.97 kBAdobe PDFView/Open
LP 30 FMSM 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
6.96 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.