Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10277
Title: Kandungan dan taburan logam berat di dalam tisu organisma moluska (Crassostrea sp., Polymesoda expansa, Anadara granosa) di Kuantan, Pahang
Authors: Noor Azlin Othman
Keywords: LP 28 FMSM 2 2007
Noor Azlin Othman
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Crassostrea sp., Anadara granosa dan Polymesoda expansa dipilih menjadi penunjuk kerana berupaya mengumpul bahan pencemar di dalam tisunya. Kajian ini dijalankan di Balok, Kuantan. Kajian ini dijalakan untuk mengetahui kepekatan logam berat ( Cd, Cu, Zn, Cr dan Pb) di dalam tisu organisma moluska iaitu Crassostrea sp., Anadara granosa dan Polymesoda expansa kerana sifatnya yang sesuai dijadikan sebagai organisma pengesan pencemaran.Saiz yang matang yang biasa di makan oleh manusia dikutip di lokasi yang berbeza untuk setiap spesies pada Ogos 2006 dan Oktober 2006 di Balok, Kuantan. Kepekatan logam berat di dalam tisu Crassostrea sp untuk logam Cr ialah diantara julat 895.0-1117.5 μg/g, manakala logam Cu julatnya di antara 94.1-1064.6 μg/g, kepekatan logam Zn diantara julat 446.21-10250.38 μg/g, kepekatan logam Cd di antarajulat 3.4-102.7 μg/g dan logam Pb di antara 4.4-540.7 μg/g. Manakala kepekatan logam berat di dalam tisu Anadara granosa untuk logam Cr julat diantara 463.3-845.1 μg/g, Cu diantara julat 36.4-233.9 μg/g, logam Zn diantara julat 278.1-1675.4, logam Cd di antara 13.4-312.1 μg/g dan kepekatan logam Pb diantara 67-17271.2 μg/g. Manakala kepekatan di dalam spesies Polymesoda expansa ialah logam Cr di antarajulat 720.4-1643.5 μg/g, manakala kepekatan logam Cu diantara julat 11.7-521.7 μg/g, kepekatan logam Zn di antara 631.9-9438.5 μg/g, Cd di antara julat 4.2-48.3 μg/g dan kepekatan logam Pb di antarajulat 0.7-1377.4 μg/g. kepekatan logam Zn dan Cr paling tinggi untuk ketiga-tiga spesies.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10277
Appears in Collections:Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 28 FMSM 2 2007 Abstract.pdf399.59 kBAdobe PDFView/Open
LP 28 FMSM 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.14 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.