Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10225
Title: Analisis kemiskinan bandar serta kesannya terhadap pembangunan negara
Authors: Wong Fook Fei
Keywords: LP 72 FPE 1 2010
Wong Fook Fei
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kemiskinan bandar merupakan suatu masalah yang dipandang serius terhadap taraf hidup masyarakat kerana akan menyebabkan kemunduran dalam pembangunan negara tersebut. Masalah kemiskinan ini juga akan menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun terutamanya bagi golongan yang miskin berterusan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kemiskinan bandar serta kesannya terhadap pembangunan negara, faktor-faktor kemiskinan dan sejauhmana tahap kemiskinan bandar serta pengaruhnya terhadap pembangunan negara. Tujuh negara Asean yang terpilih sebagai skop kajian iaitu negara Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Data siri masa yang bertempoh 20 tahun dari tahun 1988 hingga 2007 dikumpulkan sebagai sumber data analisis dan akan dianalisis dengan menggunakan program perisian E-views 4.1. Analisis deskriptif telah dijalankan bagi setiap negara yang terpilih dan kesan kemiskinan juga dianalisiskan. Keputusan analisis deskriptif menunjukkan negara Singapura dan Brunei menghadapi tahap kemiskinan yang lebih baik berbanding dengan negara lain. Manakala negara Kemboja menghadapi tahap kemiskinan yang lebih serius jika berbanding dengan negara lain. Akhir sekali, analisis regresi linear telah dijalankan untuk menganalisis hubungan di antara pembolehubah bersandar iaitu KDNK per kapita dengan pembolehubah bebas iaitu pertumbuhan KDNK, perbelanjaan kesihatan, populasi, kadar kesuburan, jangka hayat dan kadar pengangguran bagi setiap negara masingmasing. Hasil analisis regresi linear menunjukkan dengan pembolehubah bebas yang sama dikaji pada setiap negara, model regresi setiap negara tersebut mempunyai penentu faktor kemiskinan yang berbeza.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10225
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 72 FPE 1 2010 Abstract.pdf478.18 kBAdobe PDFView/Open
LP 72 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.67 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.