Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10222
Title: Impak kewujudan hypermarket terhadap peruncit kecil di Kuala Terengganu
Authors: Tsen Syn Yee
Keywords: LP 66 FPE 1 2010
Tsen Syn Yee
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: lndustri peruncitan di Malaysia merupakan salah satu industri yang sedang pesat berkembang. Selain itu, kemunculan dan perkembangan pesat pasar raya adalah trend masa kini dan fenomena yang tidak dapat dielakkan. Kewujudan hypermarket yang semakin meningkat ini telah membawa kesan yang negatif kepada peniaga peruncit kecil. Dengan itu, kajian ini telah dilakukan unti.Jk mengkaji bagaimana kewujudan hypermarket telah memberi kesan kepada peruncitan kecil di Kuala Terengganu, mengenalpasti persepsi responden tempatan terhadap hypermarket dan dasar kerajaan yang telah diamalkan dalam menangani masalah yang disebabkan kewujudan hypermarket terhadap peruncit kecil. Seramai 100 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dengan menjawab borang soal selidik yang disediakan. Selepas pengumpulan data, data-data ini telah dianalisiskan dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) version 16.0. Secara keseluruhannya, dapatan dari SPSS telah menunjukkan bahawa majotiti responden bersetuju bahawa kewujudan hypermarket yang semakin meningkat telah memberi kesan negatif terhadap mereka dari segi ekonomi, psikologi dan kemahiran. Oleh itu, tindakan yang bersesuaian haruslah dilakukan agar peniaga peruncitan kecil dalam menghadapi persaingan dari hypermarket.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10222
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 66 FPE 1 2010 Abstract.pdf335.5 kBAdobe PDFView/Open
LP 66 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.4 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.