Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10221
Title: Analisis pembangunan industri kecil dan sederhana di negeri Pahang
Authors: Tee Hui Xuan
Keywords: LP 65 FPE 1 2010
Tee Hui Xuan
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: lndustri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan tulang belakang kepada sektor perindustrian negara dan dilihat berpotensi untuk dikembangkan dari semasa ke semasa. Sektor IKS yang kukuh aka.n menyumbang kepada pencapaian kekayaan negara dan penting dalam menggerakkan sektor-sektor lain. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbandingan di antara industri bandar dan luar bandar. Selain itu, kajian ini akan mengupas faktor-faktor yang menyumbang kepada pembangunan IKS. Terdapat beberapa faktor yang membantu dalam perkembangan IKS antaranya termasuk permintaan terhadap produk IKS, modal, latihan, teknologi maklumat dan sikap pengusaha. Kajian dijalankan berdasarkan pengumpulan maklumat primer melalui sesi temubual dan kajian soal selidik dengan pengusaha IKS di Negeri Pahang. Data-data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, analisis khi kuasa dua, analisis pengujian F dan analisis pekali koefisien dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For T he Social Sciences) versi 16.0. Hasil kajian menunjukkan modal terkumpul, bilangan pekerja, dan penggunaan teknologi maklumat mempunyai pengaruh terhadap purata jualan tahunan IKS. Selain itu, hasil kajian telah menunjukkan industri di luar bandar adalah kurang maju berbanding dengan industri di bandar. Secara keseluruhan kertas kerja ini telah memperlihatkan sektor IKS di negeri Pahang masih dalam tahap yang lemah dan kurang diberi perhatian oleh kerajaan. Melalui cadangan-cadangan yang digariskan, kerajaan perlu melaksanakan program yang bersesuaian supaya menggiatkan pertumbuhan IKS di Negeri Pahang.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10221
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 65 FPE 1 2010 Abstract.pdf499.63 kBAdobe PDFView/Open
LP 65 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.28 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.