Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10220
Title: Analisis kepuasan pelancong terhadap pelancongan tapak warisan kajian kes : Pulau Pinang
Authors: Tan Ying Yee
Keywords: LP 64 FPE 1 2010
Tan Ying Yee
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis kepuasan pelancong terhadap pelancongan tapak warisan di Pulau Pinang. Selain itu, kajian ini turut mengkaji latar belakang pelancong tempatan dan pelancong asing, mengkaji sama ada demografi pelancong tempatan dan pelancong asing mempengaruhi kepuasan pelancong di tapak warisan pelancongan Pulau Pinang. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah pengumpulan data primer di mana tiga lokasi pelancongan tapak warisan dipilih sebagai sampel. Pelancongan tapak warisan yang dipilih adalah terletak di sekeliling kawasan Georgetown. Data-data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif, analisis khi kuasa dua dan analisis kebolehpercayaan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Sciences) versi 16.0. Hasil kajian telah menunjukkan tahap pendidikan pendapatan dan tujuan lawatan pelancong mempunyai pengaruh terhadap kepuasan pelancong di pelancongan tapak warisan. Secara keseluruhan kertas kerja ini telah memperlihatkan kepuasan pelancong tempatan dan pelancong asing terhadap pelancongan tapak warisan Pulau Pinang. Hal ini disebabkan kepuasan pelancong akan menjejas pertumbuhan industri pelancong. Melalui cadangan-cadangan yang digariskan, industri pelancongan perlu mengambil tindakan yang sesuai supaya mengiatkan pertumbuhan industri pelancongan di Pulau Pinang.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10220
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 64 FPE 1 2010 Abstract.pdf551.37 kBAdobe PDFView/Open
LP 64 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.72 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.