Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10219
Title: Analisis persepsi masyarakat luar bandar mengenai kesan kemajuan telekomunikasi di Malaysia : kajian di Pulau Pangkor
Authors: Tan Fei Ling
Keywords: LP 61 FPE 1 2010
Tan Fei Ling
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Perkembangan telekomunikasi merupakan suatu perkara yang amat baik dan membawa faedah kepada taraf hidup masyarakat dan pembangunan ekonomi negara. Kelahiran Internet memberi peluang pekerjaan baru dalam pelbagai urusan di dunia ini dan memudahkao kehidupan manusia. Kemajuan dalam teknologi komputer telah membawa negara Malaysia kepada era baru dengan pengenalan pelbagai perkhidmatan komuoikasi data. Deogan kemajuan dalam telekomunikasi, taraf kehidupan rakyat telah meningkat. Rakyat boleh mendapatkan banyak maklumat dengan melayari Internet sahaja. Kajian ini adalah bertujuan menganalisis pandangan masyarakat luar bandar terhadap faktor-faktor serta kesan-kesan kemajuan telekomunikasi kepada masyarakat di luar bandar Data-data yang dikumpulkan daripada borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan program Stastistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Analisis deskriptif telah dijalankan dan kebanyakan responden setuju bahawa kesan daripada kemajuan telekomunikasi adalah wujudnya peningkatan peluang pekerjaan, memberi manfaat kepada masa depan, kesan yang positit: dan kebudayaan tradisi diabaikan. Perkhidmatan yang para responden berpendapat masih perlu dipertingkatkan adalah perkhidmatan teknologi jalur lebar. Akhir sekali, analisis khi kuasa dua telah dijalankan untuk menganalisis hubungan di antara dua pemboleh ubah. Terdapat tiga hipotesis telah dijalankan deogan analisis khi kuasa, dan didapati bahawa ketiga-tiga hipotesis telah menunjukkan terdapat hubungan di antara dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah pencapaian akademik, status penduduk dan umur mempunyai hubungan deogan tingkat kepuasan penggunaan internet.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10219
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 61 FPE 1 2010 Abstract.pdf534.38 kBAdobe PDFView/Open
LP 61 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.73 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.