Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10215
Title: Polisi alam sekitar di Malaysia
Authors: Sharifah Fatma Syuhada Syed Zain
Keywords: LP 54 FPE 1 2010
Sharifah Fatma Syuhada Syed Zain
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Dunia kini menuju kepada ekonomi global di mana semua negara bersaing untuk meningkatkan ekonomi negara masing-masing. Penggunaan sumber-sumber secara meluas menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar dan secara tak langsung ia memberi kemudaratan kepada kualiti hidup masyarakat di sesebuah negara. Bagi mengatasi kemusnahan alam sekitar yang lebih kritikal, Malaysia telah mewujudkan beberapa polisi alam sekitar yang meliputi kesemua elemen alam sekitar di Malaysia termasuklah elemen tanah, air, udara, sumber perhutanan, sumber mineral di dalam perut bumi dan sebagainya. Pengetahuan yang cetek mengenai isu ini menyebabkan polisi-polisi ini seakan tidak memberi apa-apa kesan kepada alam sekitar Malaysia. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti polisi-polisi alam sekitar yang diamalkan di Malaysia. Untuk tujuan ini, maklumat daripada pelbagai pihak yang menguruskan sumber-sumber alam di Malaysia iaitu Jabatan Perhilitan Malaysia,Jabatan Perhutanan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan sebagainya diperlukan bagi melihat kepada tanggungjawab terhadap polisi alam sekitar yang telah diamanahkan oleh kerajaan Malaysia. Daripada pihak-pihak ini juga, maklumat mengenai kesalahan untuk setiap polisi dapat dikumpulkan. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua elemen sumber di Malaysia mendapat pemantauan yang khusus daripada kerajaan Malaysia melalui kewujudan polisi-polisi alam sekitar yang berperanan sebagai satu panduan untuk memastikan sumber sentiasa dipelihara, dipulihara serta di uruskan dengan baik. Setiap pindaan serta perubahan polisi alam sekitar ini bertujuan memastikan segala penjagaan alam sekitar di Malaysia selari dengan kehendak sumber alam sekitar dan selari dengan perubahan yang telah dilaksanakan oleh peraturan alam sekitar peringkat antarabangsa.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10215
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 54 FPE 1 2010 Abstract.pdf412.72 kBAdobe PDFView/Open
LP 54 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.36 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.