Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10211
Title: | Peramalan krisis kewangan masa hadapan : Sistem Mahalanobis Taguchi (MTS) |
Authors: | Nur Azielia Nadia Kamal |
Keywords: | LP 42 FPE 1 2010 Nur Azielia Nadia Kamal |
Issue Date: | 2010 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Secara umumnya, kajian ini bertujuan menganalisis kesan krisis dan kejutan di dalam ekonomi yang dialami oleh Malaysia pada waktu krisis kewangan 1997, dan juga mengkaji kesesuaian model yang digunapakai bagi peramalan krisis kewangan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Perrnasalahan yang timbul dalam kajian ini adalah Malaysia tidak dapat meramal krisis kewangan yang bakal berlaku pada masa hadapan disebabkan tidak mempunyai model peramalan yang tepat. Melalui model peramalan yang tepat Malaysia sememangnya dapat bersedia untuk mengendalikan krisis tersebut dengan lebih cekap. Dengan menggunakan model Maha/anobis Taguchi System (MTS) pemasalahan yang timbul daripada kajian ini dapat diselesaikan. Melalui pengenalpastian dua kumpulan yang akan dijadikan sampel kajian, iaitu syarikat berrnasalah dan syarikat tidak berrnasalah yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Data diambil dari tahun 1998 hingga tahun 2000, dimana ketiga-tiga tahun yang diambil sebagai sampel sememangnya tahun yang terkesan oleh krisis kewangan pada tahun 1997. Melalui pengenalpastian kedua kumpulan tersebut, sebanyak sembilan pembolehubah digunakan dalam meramal krisis kewangan iaitu iaitu hasil (Xi1 ), untung rugi sebelum cukai (Xi2), susutnilai (Xi3), aset tetap (Xi4), jumlah aset jangka panjang (Xi5), jumlah aset (Xi6), jumlah liabiliti (Xi?), jumlah rizab (Xi8) dan dana pemegang saham (Xi9). Dengan menggunakan langkah didalam model Mahalanobis Taguchi System (MTS) hasilnya kesembilan pembolehubah ini sangat tepat untuk digunakan dalam membuat peramalan krisis kewangan pada masa hadapan. Melalui hasil kajian juga, kesan daripada krisis dan kejutan ekonomi dapat dianalisis dalam menentukan model peramalan yang sesuai untuk diaplikasikan kelak. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10211 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 42 FPE 1 2010 Abstract.pdf | 477.69 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 42 FPE 1 2010 Full Text.pdf Restricted Access | 5.72 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.