Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10209
Title: Kesan perbelanjaan awam ke atas pengagihan pendapatan di Malaysia
Authors: Nor Izzati Ahmad
Keywords: LP 38 FPE 1 2010
Nor Izzati Ahmad
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini mengkaji impak perbelanjaan awam ke atas pengagihan pendapatan di Malaysia. Data yang digunakan adalah data siri masa dari tahun 1990 hingga 2007. Kajian ini mengandungi beberapa permasalahan antaranya adalah dalam mengenalpasti corak perbelanjaan pembangunan negara dan komponen perbelanjaan yang dapat menyumbang ke arah kesaksamaan pengagihan pendapatan. Ini adalah kerana bukan semua komponen perbelanjaan boleh mempengaruhi pengagihan pendapatan dan akhir sekali kemampuan peningkatan dalam pengagihan pendapatan dalam meningkatkan indeks kualiti hidup,. Kaedah diskriptif dan Model Regrasi Berbilang digunakan untuk menganalisis hubungan tersebut. Oleh itu, terdapat enam pembolehubah dalam kajian ini iaitu pengagihan pendapatan sebagai pembolehubah bersandar, lima pembolehubah bebas iaitu keselamatan awam, pendidikan, kesihatan, perumahan serta pengangkutan. Model regrasi berbilang menunjukkan bahawa komponen kesihatan dan perumahan adalah signifikan dalam mempengaruhi pengagihan pendapatan di Malaysia, manakala keselamatan awam pendidikan dan pengangkuta adalah kurang signifikan dalam mempengaruhi kadar pengagihan pendapatan di Malaysia. Kajian ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan iaitu meningkatkan kecekapan pengurusan pemberian bantuan kerajaan seperti PPRT, pembangunan secara berperingkat di kawasan penempatan penduduk miskin, memakmurkan lagi sektor kesihatan dan mewujudkan sektor-sektor baru yang berpotensi. Selain itu pembangunan pusat-pusat teknologi di kawasan negeri kurang maju seperti Terengganu juga dijangka dapat mengurangkan jurang pengagihan pendapatan. Cadangan yang lain ialah muwujudkan polisi pendidikan dan program latihan yang baik, dan meluaskan skop bantuan yang diberikan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10209
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 38 FPE 1 2010 Abstract.pdf331.47 kBAdobe PDFView/Open
LP 38 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.23 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.