Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10204
Title: | Analisis perkaitan antara pengangguran dengan pulangan pendidikan |
Authors: | Nazihah Abd Rahman |
Keywords: | LP 33 FPE 1 2010 Nazihah Abd Rahman |
Issue Date: | 2010 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | lsu pengangguran sering dikaitkan dengan tahap pendidikan seseorang. Dengan keadaan ekonomi Negara yang tidak menentu dan juga penawaran pekerjaan oleh industri atau syarikat yang sedikit berbanding permintaan kerja yang semakin meningkat juga telah menyebabkan pengangguran di Malaysia semakin teruk. Menyedari pelbagai punca berlakunya pengangguran, kajian ini akan mengfokuskan dalam mencari punca sebenar berlakunya pengangguran dan juga menganalisis persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Di samping itu juga, kajian ini menganalisis tren pengangguran dan juga pulangan pendidikan di Malaysia serta profil demografi responden. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dijalankan terhadap penduduk-penduduk serta badan-badan kerajaan melalui soal selidik dan juga temubual. Pembolehubah yang digunakan dalam mempengaruhi upah adalah tahap pendidikan, jam bekerja, pengalaman bekerja, tahap kemahiran serta perbelanjaan pendidikan. Model yang digunakan dalam kajian ini adalah modifikasi dari model yang digunakan oleh Andini, C. (2008) untuk melihat faktor yang mempengaruhi upah dan pengangguran. Kajian ini juga akan mengupas dan memberi gambaran yang sebenar mengenai pengangguran yang berlaku di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir 83% pembolehubah bebas mempengaruhi upah. Walaubagaimanapun, hanya jam bekerja dan pengalaman bekerja mempunyai signifiken yang tinggi terhadap upah. Seterusnya, kajian ini akan disusuli dengan beberapa cadangan dalam membantu kerajaan mengurangkan masalah pengangguran dan juga meningkatkan kualiti graduan IPTA dan IPTS serta menambahbaikan sistem pendidikan. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10204 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 33 FPE 1 2010 Abstract.pdf | 442.01 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 33 FPE 1 2010 Full Text.pdf Restricted Access | 3.77 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.