Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10202
Title: Penilaian kecekapan bagi industri dalam sektor perladangan di Malaysia
Authors: Mohd Saiful Azuan Mat Yazit
Keywords: LP 29 FPE 1 2010
Mohd Saiful Azuan Mat Yazit
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Peranan sektor pertanian sering diperkatakan sebagai salah satu ejen dalam pembangunan ekonomi negara pada masa kini kerana sumbangannya kepada peluang pekerjaan serta peranannya sebagai pembekal makanan utama kepada negara sesuai dengan usaha kerajaan untuk membangunkan lagi sektor ini. Selain itu, sektor ini juga mampu menyumbang kepada keuntungan yang tinggi kepada syarikat-syarikat swasta yang terlibat dalam sektor perladangan di Malaysia dari hasil pengeluaran yang dikeluarkan. Bidang kajian yang ditumpukan dalam kajian ini adalah adalah bagi syarikatsyarikat yang terlibat dalam sektor perladangan dalam pengeluaran komoditi pertanian di mana untuk menentukan tahap kecekapan syarikat bersesuaian dengan hasil yang dikeluarkan serta mengemukakan langkah-langkah yang sesuai untuk memajukan sektor perladangan di Malaysia. Bagi menjalankan kajian kecekapan ini, sebanyak sepuluh syarikat perladangan yang tersenarai dalam Bursa Malaysia di ambil sebagai sampel kajian di mana data-data adalah terdiri daripada input bagi buruh dan aset serta output bagi jumlah pengeluaran, hasil tahunan dan untung tahunan bagi tempoh 2004, 2006 dan 2008. Analisis bagi data ini dibuat menggunakan kaedah Data Envelopment Analysis (DEA) iaitu bagi Model CCR dan Model BCC. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat kecekapan dalam syarikat perladangan di Malaysia untuk tempoh tiga tahun iaitu Batu Kawan Berhad dan Boustead Holding Berhad. T erdapat beberapa cadangan daripada kajian ini antaranya kerajaan perlu campur tangan dalam pengurusan syarikat perladangan seperti pemberian subsidi yang mampu meningkatkan tahap kecekapan syarikat perladangan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10202
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 29 FPE 1 2010 Abstract.pdf434.22 kBAdobe PDFView/Open
LP 29 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
6.45 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.