Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10200
Title: Kecekapan teknikal amanah saham di Malaysia : pendekatan DEA dengan panel statik
Authors: Mariana Mohd Rani
Keywords: LP 26 FPE 1 2010
Mariana Mohd Rani
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: lndustri amanah saham semakin berkembang pesat pada abad 21 ini. Masyarakat tempatan dan para pelabur semakin yakin untuk nielabur berdasarkan kepada perkembangan industri amanah saham pada masa kini. lndustri amanah saham juga mampu terus teguh walaupun dilanda krisis ekonomi. Terutama ketika krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997 dan tahun 1998. Namun, kecekapan teknikal amanah saham tidak boleh diukur berlandaskan kepada perkembangan industri amanah saham. Dengan itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengukur kecekapan teknikal amanah saham melalui Analisis Penyampulan Data (DEA). Analisis DEA mempunyai dua model iaitu model CCR dan model BCC yang berorientasikan input atau output. Pada model CCR berorientasikan input dan output menunjukkan terdapat amanah saham yang mempunyai kekerapan kecekapan yang banyak iaitu COM INPI. Bagi model BCC berorientasikan input dan output juga menunjukkan dana COM INPI merupakan dana yang kerapkali cekap. Selain itu, kajian ini telah melakukan analisis deskriptif bagi melihat tren terkini amanah saham. Dapatan kajian menunjukkan tren terkini amanah saham adalah konsisten kecuali pada tahun 2007. Di samping itu, kajian ini juga mengenalpasti hubungan antara kecekapan amanah saham (KC) dengan salah satu pembolehubah makroekonomi iaitu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Nilai Aset Bersih (NAV). Bagi mengenalpasti hubungan tersebut, kajian telah menggunakan model Regrasi Panel Statik. Yang merangkumi model regrasi panel gabungan, model regrasi panel kesan rawak, dan model regrasi panel kesan tetap. Berdasarkan hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan antara KC' dengan KDNK dan NAV dalam kesemua model kecuali pada model regrasi panel kesan tetap.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10200
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 26 FPE 1 2010 Abstract.pdf438.15 kBAdobe PDFView/Open
LP 26 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.68 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.