Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10196
Title: Analysis of factors affects turnover intention of a hotel within Malacca state
Authors: Koh Siew Poh
Keywords: LP 20 FPE 1 2010
Koh Siew Poh
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: lndustri perkhidmatan pada hari ini telah wujud sebagai salah satu pemain yang penting dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Namun begitu, fenomena perletakkan jawatan pada kadar yang tinggi di industri perkhidmatan terutamanya sektor penghotelan telah memberi masalah kepada pihak pengurusan atasan di mana secara relatifnya ia akan membawa ketidakcekapan bagi organisasi tersebut. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara faktor demografi seperti umur, taraf perkahwinan, taraf pendidikan, dan tempoh lama berkidmat serta faktor yang berkaitan dengan kerja iaitu gaji bulanan dan faedah sampingan dengan kecenderungan meletak jawatan di kalangan kakitangan pihak pengurusan dan pihak bukan pengurusan di dalam sektor penghotelan. Sebanyak 100 responden telah terlibat dalam kajian ini untuk menjawab borang seal selidik yang telah disediakan. Selepas mengutip data, data tersebut dianalisi dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science software (SPSS) versi 17.0. Melalui kaedah logistik regresi, hasil kajian ini mendapati tiga daripada hipotesis yang dibentuk adalah signifikan, manakala hanya faktor demografi seperti taraf perkahwinan dan tempoh lama berkhidmat serta faktor faedah sampingan adalah tidak signifikan. Ketiga-tiga faktor yang signifikan adalah terdiri daripada faktor umur, faktor taraf pendidikan dan faktor gaji bulanan. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan telah disediakan kepada pihak atasan untuk mengurangkan kadar meletak jawatan di kalangan pekerja-pekerja tersebut.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10196
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 20 FPE 1 2010 Abstract.pdf465.81 kBAdobe PDFView/Open
LP 20 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.48 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.