Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10192
Title: Analisis corak perbelanjaan pelajar institusi pengajian tinggi (kajian kes di UMT)
Authors: Chow Aie Ling
Keywords: LP 8 FPE 1 2010
Chow Aie Ling
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Perbelanjaan merupakan kemestian bagi pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam segala aspek kehidupan seharian untuk bersara hidup semasa tempoh melanjutkan pelajaran di universiti. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis corak perbelanjaan pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, yang memfokuskan kawasan kajian kes iaitu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). lnflasi Malaysia telah menyebabkan kos perbelanjaan pendidikan dan kos sara hidup pelajar semakin meningkat dari setahun demi setahun. Oleh kerana kewangan terhad yang diterima oleh pelajar, maka corak perbelanjaan pelajar adalah amat penting diuruskan dengan baik supaya dapat menjalani kehidupan dengan lancar di universiti. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 100 orang responden yang terdiri daripada pelajar UMT. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) 16.0. Hasil kajian menunjukkan pendidikan dan pembelajaran, makanan, dan penginapan merupakan antara peratusan perbelanjaan yang tertinggi kerana rnerupakan barang mesti sebagai seseorang pelajar IPT. Berdasarkan model regreasi berbilang yang dibentuk, didapati aliran pendidikan, tempat penginapan, dan gelagat pelajar merupakan pembolehubah-pembolehubah yang memberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT, manakala pendapatan, jantina, dan tempat asal responden adalah tidak memberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT dalam kajian ini. Secara keseluruhannya, R bemilai 0.614 dan R2 bemilai 0.377 rnenunjukkan bahawa semua pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah rnemberi signifikan terhadap perbelanjaan pelajar IPT. Selain itu kajian ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan untuk memberi maklumat kepada pelbagai pihak bagi membantu pelajar IPT pengurusan corak perbelanjaan dengan kewangan yang terhad secara bijak bagi melancarkan kehidupan di universiti.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10192
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 8 FPE 1 2010 Abstract.pdf460.4 kBAdobe PDFView/Open
LP 8 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.33 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.