Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10150
Title: Impak teknologi dan harga terhadap pengeluaran buah sawit di Malaysia
Authors: Haslina Ludin
Keywords: LP 12 FPE 1 2012
Haslina Ludin
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Malaysia adalah sebuah negara yang menunjukkan kemajuan dari sektor pertanian terutamanya dalam pengeluaran kelapa sawit. Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia dan mengetuai negara dalam tempoh menanam dan memproses kelapa sawit. Pencapaian ekonomi Malaysia juga dipengaruhi oleh sektor pengeluaran buah sawit di Malaysia. Hal ini demikian kerana, kelapa sawit adalah sumber pertanian yang paling utama di negara Malaysia. Namun, isu dan masalah juga sering timbul berkaitan pengeluaran buah sawit di Malaysia iaitu disebabkan tenaga buruh yang tidak mencukupi, pencemaran dari ladang kelapa sawit, permintaan dunia yang tidak stabil dan kos pengeluaran yang tinggi. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat sejauh manakah hubungan teknologi dan harga kelapa sawit di Malaysia terhadap - pengeluaran buah sawit di Malaysia. Bagi membuktikan objektif ini, analisis telah dijalankan dengan menggunakan perisian Microfit dan dengan menggunakan model log linear serta menggunakan data siri masa dalam tempoh 31 tahun iaitu dari tahun 1978 hingga 2008. Data yang diperolehi diuji dengan menggunakan ujian kepegunan Univariate, Multivariate dan Phillip Perron. Ujian Granger dijalankan untuk melihat hubungan antara pembolehubah dan turut dijalankan ujian punca unit Augmented Dickey-Fuller. Secara keseluruhan hasil yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa teknologi dan harga buah sawit mempengaruhi pengeluaran buah sawit secara positif. lni bermakna peningkatan bagi teknologi akan menyebabkan peningkatan pengeluaran buah sawit dan sebaliknya. Begitu juga apabila harga buah sawit berlaku peningkatan turut menyebabkan pengeluaran buah sawit meningkat dan sebaliknya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10150
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 12 FPE 1 2012 Abstract.pdf386.5 kBAdobe PDFView/Open
LP 12 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.57 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.