Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10055
Title: Kesanggupan membayar oleh pengunjung ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang
Authors: Norfarhana Zainal Arifin
Keywords: LP 41 FPE 1 2012
Norfarhana Zainal Arifin
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Tarikan utama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan adalah sebagai tempat perlindungan hidupan liar gajah yang kini semakin mengalami kepupusan seiringan dengan kepesatan pembangunan dan pertambahan populasi penduduk. Berikutan dengan itu, semenjak pusat perlindungan ini dibuka untuk kunjungan orang ramai telah banyak kemudahan sosial telah dibangunkan untuk keselesaan pengunjung. Peranan yang dimainkan Pusat Konservasi Gajah adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memelihara dan meningkatkan kualiti sumber alam semulajadi. Sumber alam yang terhad ini penting untuk dilindungi supaya faedah dan peranan yang sedia ada dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh itu, wujud persoalan utama bagi menentukan nilai bayaran masuk ke Pusat Konservasi Gajah yang perlu dikenakan kepada pengunjung. Maka, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti nilai kesanggupan membayar bagi bayaran masuk ke Pusat Konservasi Gajah ini melalui aplikasi Kaedah Penilaian Kontingen. Sebanyak 120 borang soalselidik telah diedarkan. Hasil keputusan menunjukkan purata kesanggupan membayar untuk satu kunjungan adalah sebanyak RM 4.38. Nilai tersebut mewakili nilai bayaran masuk bagi mereka yang berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah pada masa hadapan. Kesanggupan membayar ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu sebagaimana yang dibincangkan di dalam kajian ini. Namun begitu, ketidaksanggupan membayar oleh responden juga diberi tumpuan pada kajian ini. Keputusan kajian juga memberi implikasi kepada pihak pengurusan Pusat Konservasi Gajah dalam menilai kesesuaian bayaran masuk bagi setiap kunjungan di masa akan datang.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10055
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 41 FPE 1 2012 Abstract.pdf374.92 kBAdobe PDFView/Open
LP 41 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.09 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.