Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9575
Title: Sintesis dan pencirian kitosan dari kulit udang
Authors: Mohamad Redwani Mohd Jasni
Keywords: Mohamad Redwani Mohd Jasni
LP 6 FST 1 2010
Issue Date: 2010
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penyelidikan ini adalah bagi mengkaji pembuatan kitosan dari kulit udang serta penciriannya. Kegunaan kitosan adalah dalam aplikasi seperti dalam bidang bio­ perubatan, kosmetik, industri makanan, tekstil dan sebagainya. Selain itu, penyelidikan ini bertujuan untuk mendapatkan perbandingan ciri-ciri kitosan yang asli dengan kitosan buatan dengan mengkaji biopolimer dan fizik bahan dalam sampel kitosan tersebut serta untuk mengetahui komposisi kimia kitosan asli dan buatan yang hendak dikaji. Penyediaan sampel tersebut melalui beberapa peringkat daripada mengisar dan mengayak dengan mendapat saiz yang paling kecil serta melalui proses sintesis seperti proses demineralisasi, proses diproteinisasi, proses penyahwamaan dan proses deasitilasi sebelum ia dianalisis dengan menggunakan instrumen fizik seperti Pembelauan Sinar X (XRD), Mikroskop lmbasan Elektron (SEM), Spektroskopi Fourier Inframerah (FTIR), dan Penyebaran Pembelauan Sinar (EDS). Penggunaan alat tersebut adalah bertujuan untuk melihat morfologi dalam mikrostruktur bahan tersebut setelah disintesis. Analisis dengan menggunakan alat Penyebaran Pembelauan Sinar (EDS) telah menunjukkan bahawa kandungan seperti oksigen, kalsium, fosforus, nikel, dan karbon wujud dalam sampel kitosan asli dan kitosan buatan tersebut yang sesuai digunakan dalam pembentukan apatit (Hidrosiapatit) sebagai produk bio­ perubatan dalam aplikasi kitosan pada zaman ini. Terdapat imej membran kitosan yang tidak mempunyai liang berrongga dan tekstur produk imej yang tanpa lubang pori-pori. Saiz yang sesuai untuk pencirian sintesis kitosan ialah 63 mikron kerana mempunyai pori-pori yang kecil dalam imej tersebut yang telah diselidik dengan menggunakan alat Mikroskop Imbasan Elektron (SEM) dalam kajian ini.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9575
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 6 FST 1 2010 Abstract.pdf546.66 kBAdobe PDFView/Open
LP 6 FST 1 2010 Full text.pdf
  Restricted Access
6.29 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated