Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9574
Title: Penyerapan metilena biru terhadap karbon terakfif dari tempurung kelapa
Authors: Mohd Arief Azfar Zainol
Keywords: Mohd Arief Azfar Zainol
LP 7 FST 1 2010
Issue Date: 2010
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pada masa kini, kebersihan air adalah sangat tidak memuaskan. Sumber-sumber air seperti sungai dan lautan tercemar pada tahap kritikal akibat daripada kegiatan harian manusia contohnya mencuci, kegiatan pertanian dan perindustrian. Terdapat banyak bahan cemar yang terkandung dalam air contohnya bahan kimia dan bahan terampai. Metilena biru digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji serapan dalam karbon. Kandungan bahan ini boleh dihilangkan dengan pelbagai kaedah seperti koagulasi (pengumpalan dan pengenapan), pengoksidaan dan teknik serapan menggunakan karbon teraktif. Dalam kajian ini, penekanan diberikan kepada masa pengkarbonan karbon dalam proses serapan berdasarkan saiz dan pH karbon. Dalam kajian ini, kalium hidroksida (KOH) digunakan sebagai pemangkin untuk mengaktifkan karbon. Berdasarkan kajian yang dijalankan, karbon tidak teraktif pada saiz karbon 63 µm yang dibakar pada suhu 800 ° C selama 30 minit menunjukkan kadar penyerapan yang baik iaitu sebanyak 99% pada pH 8.37. Sampel yang terhasil juga lebih jernih berbanding dengan sampel karbon tidak teraktif yang digunakan. Hasil daripada kajian ini, membuktikan penggunaan karbon dalam proses rawatan air tercemar adalah murah dan sesuai untuk industri berskala besar.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9574
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 7 FST 1 2010 Abstract.pdf513.52 kBAdobe PDFView/Open
LP 7 FST 1 2010 Full text.pdf
  Restricted Access
2.96 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated