Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9423
Title: Laporan akhir latihan industri di Hotel M.S Garden Kuantan
Authors: Izni Jusoh
Keywords: LI 8 FPE 2 2007
Izni Jusoh
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sepanjang pelatih menjalankan Latihan lndustri di Hotel M.S.Garden, pelatih telah ditempatkan di 2 jabatan yang berbeza dalam tempoh 3 bulan. Di Jabatan Jualan & Pemasaran, pelatih telah dilatih selama 2 bulan, manakala di Jabatan Perhubungan Awam pelatih telah dilatih selama 1 bulan. Kakitangan daripada kedua-dua jabatan tersebut telah memberikan latihan dan pendedahan yang berbeza antara satu sama lain. Pendedahan telah diberikan secara mendalam berkaitan dengan aktiviti dan operasi dalam hotel. Di Jabatan Jualan & Pemasaran, pelatih telah diminta untuk melakukan beberapa tugas asas seperti menfakskan dan membuat beberapa salinan terhadap sebutharga untuk syarikat-syarikat yang membuat tempahan untuk mengadakan sebarang majlis seperti mesyuarat, Hi-Tea, majlis perkahwinan dan sebagainya. Sebutharga berkenaan mengandungi beberapa maklumat seperti tarikh, masa, tempat, dan menu yang disediakan bersama dengan harga yang ditawarkan bagi setiap menu. Di samping itu, pelatih juga diajar tentang cara-cara dan prosedur yang betul untuk merekod tempahan bilik mesyuarat atau sebarang majlis yang ingin diadakan oleh pelanggan. Pelatih dikehendaki menjawab panggilan telefon dan bertanya pelanggan beberapa maklumat yang diperlukan dalam borang Banquet Enquiry. Pelatih juga dikehendaki menyemak stok yang diperlukan dan pejabat seperti kertas A4, klip kertas, pen, buku nota, kepala surat (letter head) dan sebagainya dan diambil di bahagian stor melalui prosedur yang tertentu. Selain itu, pelatih juga dikehendaki untuk memfailkan beberapa dokumen penting seperti sebutharga, KIV Cancellation, laporan harian Jabatan Barisan Hadapan, rumusan banquet, Event Order dan pelbagai lagi dokumen ke dalam fail yang telah ditetapkan. Tugas sampingan lain yang perlu dilaksanakan oleh pelatih adalah menghantar dokumen ke Jabatan Perakaun, mengedarkan Event Order di setiap jabatan, menfotostat dokumen dan sebagainya. Sepanjang berada di Jabatan Perhubungan Awam pula pelatih telah banyak didedahkan tentang cara untuk berkomunikasi dengan pelanggan hotel dan juga pergaulan dengan kakitangan yang bertugas di dalam hotel tersebut. Di Jabatan Perhubungan Awam pelatih ditugaskan untuk menerangkan kepada pelanggan yang datang bagi memohon untuk menyertai Sports Club Membership yang memberikan banyak faedah kepada pelanggan yang sering menginap di hotel tersebut. Pelatih juga dikehendaki untuk menyediakan borang dan mengira mata yang telah dikumpul bagi setiap ahli yang menyertai Kelab Grandeur. Di samping itu juga, pelatih dikehendaki menghubungi ahli Sports Club Membership bagi memaklumkan mereka tentang kad keahlian yang telah siap dan meminta ahli tersebut untuk menuntut kad bagi membolehkan mereka menikmati tawaran yang disediakan dalam kadar yang segera
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9423
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 8 FPE 2 2007 Abstract.pdf523.12 kBAdobe PDFView/Open
LI 8 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
7.17 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated