Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9006
Title: Hubungan antara cara gaya asuhan ibu bapa dengan tahap konsep kendiri pelajar sarjana muda kaunseling Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Authors: Wan Mohd Zarif Wan Mansor
Keywords: LP 14 FPE 1 2009
Wan Mohd Zarif Wan Mansor
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara cara gaya asuhan ibu bapa dengan konsep kendiri dalam kalangan peJajar Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaysia Terengganu. Tiga jenis gaya asuhan yang dikaji dalam kalangan pelajar iaitu autoritatif, autoritarian, dan permisif. Seramai 140 orang pelajar Sarjana Muda Kaunseling yang terdiri daripada pelajar tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 dipilh secara rawak berstrata untuk dijadikan responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah "Parental Authority Questionnaire" (PAQ) dan "Tennessee Self-Concept Scale" (TSCS). Ujian-ujian statistik seperti ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson telah digunakan bagi menguji hipotesis kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar memiliki tahap konsep kendiri yang tinggi. Jenis gaya asuhan yang sering diamalkan ialah gaya permisif. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara gaya asuhan ibubapa keseluruhan dengan tahap konsep kendiri pelajar. Walaubagaimanapun, wujud hubungan yang signiflkan bagi dimensi autoritatif, autoritarian dan permisif dengan tahap konsep kendiri.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9006
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 14 FPE 1 2009 Abstract.pdf2.01 MBAdobe PDFView/Open
LP 14 FPE 1 2009 Full Text.pdf
  Restricted Access
31.86 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated