Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/4988
Title: Pemodelan sikap pelajar terhadap matematik menggunakan analisis faktor dan model persamaan berstruktur
Authors: Mohamad Yusof Endut
Keywords: QA 11 .M6 2013
Mohamad Yusof Endut
Tesis FST 2013
Mathematics -- Study and teaching
Issue Date: Aug-2013
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah telah sampai ke tahap sangat kritikal. Masalah berkenaan berlaku disebabkan persepsi negatif pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik sejak mereka masih di bangku sekolah rendah lagi. Kajian ini dijalankan untuk menentukan faktor utama yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap matematik. Penumpuan diberikan terhadap empat domain iaitu pelajar, guru, bahasa dan rakan sebaya. Data diperolehi melalui edaran borang soal selidik kepada sampel kajian berdasarkan model Fennema dan Sherman (1986) dan pengukuran sikap berdasarkan skala Likert. Sampel kajian terdiri daripada 568 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 daripada 18 buah sekolah di daerah Dungun, Terengganu. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 19 dan Model Persamaan Berstruktur (MPB) melalui perisian AMOS versi 4.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4988
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
QA 11 .M6 2013 Abstract.pdf131.71 kBAdobe PDFView/Open
QA 11 .M6 2013 FullText.pdf
  Restricted Access
2.63 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated