Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/370
Title: Hubungan Faktor Dalaman Dan Luaran Dengan Tingkah Laku Agresif Dalam Kalangan Remaja
Authors: Mohd Ridzuan Ramli
Keywords: Hubungan Faktor Dalaman Dan Luaran Dengan Tingkah Laku Agresif Dalam Kalangan Remaja
Mohd Ridzuan Ramli
Remaja
Agresif
LP 11 FPE 1 2009
Laporan Projek FPE 2009
Issue Date: 2009
Publisher: FPE, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara faktor dalaman dan luaran dengan tingkah laku agresif dalam kalangan remaja. Seramai 238 orang responden dari pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Manir, Kuala Terengganu yang terlibat. Faktor dalaman dan luaran diukur dengan menggunakan soal selidik yang telah diubahsuai oleh Faizah Idris dan Prof. Dr. Azizi Yahaya (2008) berdasarkan Mooney Problem Checklist. Manakala bagi tingkah laku agresif pula diukur dengan menggunakan Soal Selidik Tingkah Laku Agresif. Nilai kebolehpercayaan bagi soal selidik faktor ialah .81 manakala nilai kebolehpercayaan bagi soal selidik tingkah laku agresif pula ialah .88. Analisis korelasi pearson digunakan untuk menentukan kewujudan hubungan di antara faktor dalaman dan luaran dengan tingkah laku agresif. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara faktor suasana sekolah, faktor latar belakang keluarga, faktor sikap pelajar, faktor psikologi dan faktor rakan sebaya dengan tingkah laku agresif dalam kalangan remaja. Dapatan juga menunjukkan faktor yang paling dominan ialah faktor latar belakang keluarga (min 21.32), faktor psikologi (min 19.40), faktor rakan sebaya (min 19.27), faktor suasana sekolah (min 18.97) dan faktor sikap pelajar (min 18.12). Manakala tingkah laku agresif yang paling dominan pula ialah tingkah laku agresif lisan (min 13.28), tingkah laku agresif marah (min 13.26) dan tingkah laku agresif fizikal (min 9.36). Cadangan dan implikasi daripada kajian telah dibincang dan dikemukakan.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/370
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Abstract I.pdf
  Restricted Access
Fail ini mengandungi isi kandungan, abstrak dan pengenalan laporan projek226.86 kBAdobe PDFView/Open Request a copy
Fulltext II.pdf
  Restricted Access
Fail ini mengandungi keseluruhan maklumat berkaitan dengan laporan projek902.45 kBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated