Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/3002
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMohamad Arif Awang Nawi-
dc.date.accessioned2014-04-15T02:40:44Z-
dc.date.available2014-04-15T02:40:44Z-
dc.date.issued2013-07-
dc.identifier.urihttp://dspace.psnz.umt.edu.my/xmlui/handle/123456789/3002-
dc.description.abstractKebanyakan masyarakat di Malaysia tidak jelas dengan definisi insurans serta kepentingannya. Insurans ditakrifkan sebagai satu cara pemindahan risiko daripada pemegang polisi kepada syarikat insurans jika berlaku kerugian atau musibah. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kecekapan relatif bagi industri Insurans Hayat dan Insurans Am di Malaysia dengan menggunakan Analisis Sempadan Stokastik (ASS) berpandukan model Battese dan Coelli. Sebanyak 39 buah syarikat insurans telah dikumpulkan dan ianya terdiri daripada 26 buah syarikat Insurans Am dan 13 buah syarikat Insurans Hayat. Kesemua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian FRONTIER melalui kaedah kebolehjadian maksimum (MLE) untuk menunjukkan kecekapan relatif sesuatu syarikat insurans. Keputusan yang diperolehi menunjukkan Syarikat Mayban Life berada pada pangkat 1 (skor kecekapan tertinggi) bagi syarikat Insurans Hayat. Manakala bagi Insurans Am, skor yang tertinggi adalah Syarikat OCA (pangkat 1). Prestasi kecekapan industri Insurans Hayat dan Am meningkat setiap tahun dengan peningkatan dari sebanyak 0.01 (1%) hingga 0.17 (17%). Keputusan penganggaran bagi Syarikat Insurans Hayat menunjukkan bahawa keanjalan jumlah keuntungan bagi perbelanjaan pengurusan adalah paling tinggi iaitu 0.5298 berbanding Syarikat Insurans Am. Secara keseluruhannya, keputusan menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dengan sekurang-kurangnya pertambahan sebanyak 1% hingga 17% bagi Insurans Hayat dan Insurans Am setiap tahun.en_US
dc.language.isootheren_US
dc.publisherTerengganu: Universiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectHG 8051 .M6 2013en_US
dc.subjectMohamad Arif Awang Nawien_US
dc.subjectTesis FST 2013en_US
dc.subjectInsurance industryen_US
dc.titleAnalisis kecekapan relatif industri insurans hayat dan am di Malaysia menggunakan analisis sempadan stokastik (ASS)en_US
dc.typeThesisen_US
Appears in Collections:Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HG 8051 .M6 2013 Abstract.pdf22.07 kBAdobe PDFView/Open
HG 8051 .M6 2013 FullText.pdf
  Restricted Access
712.55 kBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated