Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16003
Title: | Kesan pelancongan pendidikan kepada pertumbuhan ekonomi dan produktiviti university serta penentu permintaanya |
Authors: | Siti Hajar Binti Hussien |
Issue Date: | 2020 |
Publisher: | UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU |
Abstract: | Kepelbagaian produk dan perkhidmatan pelancongan adalah sangat penting bagi mengukuhkan sumbangan sektor pelancongan terhadap pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan risiko ketidakmampanan bagi tempoh jangka panjang. Justeru, sektor pelancongan pendidikan telah dikenalpasti sebagai sub-sektor pelancongan baru yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan dan dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti universiti. Walaubagaimanapun, bukti empirikal masih tidak jelas berkenaan kesan pelancongan pendidikan kepada pertumbuhan ekonomi dan produktiviti universiti serta penentu permintaannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pelancongan pendidikan dan permintaan antarabangsa terhadap pertumbuhan ekonomi, mengkaji kesan limpahan pelancongan pendidikan ke atas produktiviti universiti, membina model permintaan pelancongan pendidikan dan menganalisis kewujudan kesan dinamik. Data yang digunakan adalah dari sebelas negara penggerak utama dalam sektor pelancongan pendidikan dari tahun 2002 hingga 2017, sepuluh universiti awam di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2016 dan empat puluh tujuh negara asal pelajar antarabangsa dari tahun 2008 hingga 2017. Dua kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini, panel statik dan panel dinamik. Hasil kajian membuktikan bahawa pelancongan pendidikan dan eksport barangan memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi dan limpahan positif pelancongan pendidikan ke atas produktiviti universiti. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/16003 |
Appears in Collections: | Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi.. |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Abstract.pdf | 246.52 kB | Adobe PDF | View/Open | |
Full Thesis - Siti Hajar Binti Hussein.pdf Restricted Access | 4.56 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated