Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/14681
Title: Amalan Dan Cabaran Pengurusan Biodiversiti Hutan Oleh Pihak Berkepentingan: Kajian Kes Di Tasik Kenyir
Authors: Sidik, Norhidayu
Keywords: SD 235 .M37 N62 2019
Issue Date: 2019
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kebanyakan negara membangun termasuklah Malaysia, pihak kerajaan sebagai sebahagian daripada pihak berkepentingan telah memberikan komitmen yang tinggi untuk mengurus dan menangani isu biodiversiti hutan. Bagi kajian kes biodiversiti di Tasik Kenyir, matlamat utama kajian adalah untuk meneroka amalan pengurusan biodiversiti hutan oleh pihak kerajaan. Khususnya, ia bertujuan untuk menjelaskan tentang bentuk mekanisme pelaksanaan peraturan regulatif yang diamalkan di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti fungsi aktor formal dan tidak formal serta untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh aktor-aktor ini. Kajian kualitatif ini menggunakan teori analisis institusional dan pembangunan (AIP) dan data primer dikumpulkan dengan menemu bual sembilan orang informan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan di negeri Terengganu. Di samping itu, data sekunder juga diperoleh daripada dokumen rasmi kerajaan dan laman sesawang rasmi kerajaan serta bukan kerajaan. Analisis kajian menunjukkan terdapat tiga bentuk mekanisme peraturan regulatif pengurusan biodiversiti hutan yang diamalkan di Tasik Kenyir. Amalan pengurusan tersebut merangkumi bidang kuasa domestik pada peringkat negeri dan persekutuan serta bidang kuasa antarabangsa pada peringkat antarabangsa. Kajian ini mendapati bahawa fungsi aktor formal terbahagi kepada fungsi politik dan fungsi agensi.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/handle/123456789/14681
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SD 235 .M37 N62 2019-Abstract.pdf534.7 kBAdobe PDFView/Open
SD 235 .M37 N62 2019-Full Text.pdf
  Restricted Access
13.84 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated