Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/14678
Title: Modul Terapi Seni Ekspresif Dan Kesannya Ke Atas Strategi Daya Tindak Ibu Tunggal
Authors: Abd Aziz, Rosliza
Keywords: HQ 759.915 .R6 2019
Issue Date: 2019
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Terapi Seni Ekspresif atau ModTSE dan mengenalpasti kesan modul tersebut ke atas strategi daya tindak ibu tunggal. Modul ini dibina berasaskan Model Pembinaan Modul Rusell yang meliputi proses pembinaan, pengujian kesahan kandungan serta kebolehpercayaan modul. Tiga orang pakar melibatkan kaunselor dan para akademik telah dilantik untuk menilai kesahan kandungan manakala pengujian kebolehpercayaan modul melibatkan 30 orang ibu tunggal dalam sesi bimbingan kelompok. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa ModTSE yang dibina mempunyai kesahan kandungan serta nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi mengenalpasti kesan ModTSE ke atas strategi daya tindak ibu tunggal pula, kajian kuasi eksperimen melibatkan 30 orang ibu tunggal di Kuala Nerus, Terengganu telah dijalankan. Mereka dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah mengikuti Japan sesi bimbingan kelompok menggunakan ModTSE sebagai intervensi manakala kumpulan kawalan tidak menerima sebarang intervensi. Inventori Strategi Daya Tindak telah ditadbir kepada kedua-dua kumpulan dalam ujian pra dan ujian pasca. Kesan ModTSE diukur melalui perbezaan skor min ujian pra dan ujian pasca serta ujian ANCOV A.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/handle/123456789/14678
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HQ 759.915 .R6 2019-Abstract.pdf603.97 kBAdobe PDFView/Open
HQ 759.915 .R6 2019-Full Text.pdf
  Restricted Access
13.71 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated