Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/14253
Title: Tradisi dan perubahan dalam komuniti muara di kampung Pualu Sekati, Kuala Terengganu
Authors: Siti Fairuz Mohd Yusof
Keywords: Community development -- Malaysia -- Terengganu
Rural development -- Malaysia -- Terengganu
HN 49 .C6 S5 2016
Issue Date: Sep-2016
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Komuniti yang bermastautin di muara sungai dikategorikan sebagai komuniti pinggir bandar yang kurang membangun dan ketinggalan dari arus perdana pembangunan. Senario ini terdapat di negeri Terengganu, khususnya di Pulau Sekati, tetapi tiada penjelasan mendalam mengenainya. Komuniti muara adalah sekumpulan manusia yang mendiami kawasan muara sungai serta menjalankan aktiviti nelayan tradisional sebagai sumber ekonomi. Kampung Pulau Sekati terletak di kawasan bandar Kuala Terengganu. Bagi meneliti dengan lebih mendalam permasalahan mengenai komuniti muara di kampung tersebut, tesis ini mempunyai empat objektif. Pertama, mengenal pasti sejarah dan profil demografi komuniti muara yang tinggal di Kampung Pulau Sekati. Kedua, mengenal pasti perubahan corak sosioekonomi komuniti muara Kampung Pulau Sekati, sama ada perubahan tersebut bersifat homogen atau heterogenous. Ketiga, ia menganalisis perubahan sosiobudaya komuniti muara di Kampung Pulau Sekati sama ada masih bersifat tradisional atau sudah mengalami perubahan. Keempat, ia menganalisis faktor dalaman dan faktor luaran yang menjadi penyumbang atau penghalang perubahan pembangunan 4 komuniti muara di Kampung Pulau Sekati. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah yang digunapakai adalah semi etnografi menggunakan borang soal selidik semistruktur. Kajian ini mendapati bahawa majoriti informan merupakan generasi ketiga dan tinggal menumpang di tanah kepunyaan orang lain di Kampung Pulau Sekati. Selain itu, dari aspek sosioekonomi antara generasi, kajian ini mendapati bahawa komuniti muara di kampung ini telah mengalami perubahan iaitu informan dan anak-anak mereka tidak mewarisi pekerjaan yang bersifat homogen dari datuk serta bapa mereka. Bagi aspek sosioekonomi segenerasi pula, didapati majoriti informan telah beralih kepada pekerjaan yang bersifat rencam di darat kerana mereka ingin memperolehi jumlah pendapatan yang tinggi dan tetap. Dalam aspek sosiobudaya, khususnya dalam konteks pendidikan, terdapat peningkatan mobiliti sosial yang positif. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa tiga faktor dalaman iaitu faktor isi hati informan, keluarga dan ahli komuniti muara merupakan faktor penyumbang penting kepada perubahan pembangunan komuniti muara di Kampung Pulau Sekati. Manakala, faktor luaran paling utama yang menjadi penghalang perubahan pembangunan di Kampung Pulau Sekati adalah faktor pemilik tanah.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/14253
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Abstract HN 49 .C6 S5 2016.pdf156.47 kBAdobe PDFView/Open
Full Text HN 49 .C6 S5 2016.pdf
  Restricted Access
6.6 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated