Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/14208
Title: Pengaruh Keadilan Organisasi, Gaya Kepimpinan Dan Saiz Firma Ke Atas Komitmen Organisasi Di Perusahaan Kecil Dan Sederhana (Pks) Malaysia
Authors: Ruzita Manshor
Keywords: Ruzita Manshor
HD 58.9 .R8 2018
Issue Date: Jan-2018
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pelbagai dasar dan polisi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kelangsungan dan kejayaan firma Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Namun, sehingga kini firma PKS masih menghadapi pelbagai masalah dan isu dalam mengembangkan perniagaan mereka terutamanya dari segi ketidakadilan dalam pengagihan gaji, kenaikan pangkat, penilaian prestasi dan peluang latihan yang terhad. Faktor tersebut dikaitkan dengan masalah komitmen yang rendah dalam kalangan pekerja. Oleh hal yang demikian, objektif utama adalah untuk mengkaji hubungan di antara keadilan organisasi dan gaya kepimpinan dengan komitmen organisasi serta menentukan peranan saiz firma sebagai pemboleh ubah penyederhana dalam sektor pembuatan di firma PKS. Data kajian telah dikutip menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 690 orang responden dan sebanyak 510 (73%) orang responden memberikan maklumbalas. Terdapat dua kaedah statistik yang digunakan bagi menganalisis data kajian ini iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif melibatkan ujian kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi merangkumi ujian-t sampel bebas, ujian korelasi dan ujian regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat dimensi keadilan organisasi (keadilan prosedur, keadilan pengagihan, keadilan interpersonal dan keadilan informasi) dan kedua-dua gaya kepimpinan (kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksi) mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen organisasi. Analisis regresi bertingkat menunjukkan bahawa faktor penyederhana saiz firma memberikan kesan interaksi dalam hubungan di antara keadilan organisasi, gaya kepimpinan dan komitmen organisasi. Seterusnya keputusan kajian juga menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi merupakan peramal yang mempunyai pengaruh paling dominan dalam mempengaruhi komitmen organisasi berbanding dimensi lain.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/14208
Appears in Collections:Pusat Pengajian Perniagaan dan Pengurusan Maritim

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HD 58.9 .R8 2018 Abstract.pdf19.89 kBAdobe PDFView/Open
HD 58.9 .R8 2018 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.18 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated