Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/14206
Title: Faktor Persatuan Yang Mempengaruhi Gaya Kepengikutan Dalam Gerakan Belia 4b Negeri Terengganu
Authors: Mohd Soufi Mohd Ibrahim
Keywords: Mohd Soufi Mohd Ibrahim
HD 57.8 .M6 2013
Issue Date: Aug-2013
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini merupakan kajian dalam bidang pengurusan sumber manusia. Fokus utama kajian adalah gaya kepengikutan dalam organisasi. Gaya kepengikutan dalam organisasi boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti gaya dan faktor kepengikutan dalam Gerakan Belia 4B (GB4B) di negeri Terengganu. Pendekatan kuantitatif kajian ini melibatkan sebanyak 370 responden daripada populasi kajian ini terlibat untuk menjawab soal selidik yang telah diadaptasi daripada kajian yang lepas. Soal selidik yang digunakan mempunyai indeks nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diyakini, iaitu 0.895. Jumlah soal selidik yang dipulangkan dianalisis dengan menggunakan dua pendekatan, iaitu deskriptif dan inferensi. Bagi menguji hubungan antara faktor-faktor, analisis korelasi digunakan. Manakala bagi mendapatkan faktor dominan dari keseluruhan faktor yang dianalisis, analisis regrasi dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengikut suvaival merupakan majoriti diikuti dengan pengikut pasif dan pengikut aktif. Kajian ini juga telah membuktikan bahawa faktor dalaman dan luaran boleh memberi pengaruh kepada kebanyakan kategori pengikut khususnya pengikut survaival. Sesungguhnya dapatan daripada kajian ini akan mempergiatkan lagi kajian lanjutan berkaitan dengan gaya kepengikutan dalam organisasi di Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/14206
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
HD 57.8 .M6 2013 Abstract.pdf165.64 kBAdobe PDFView/Open
HD 57.8 .M6 2013 Full Text.pdf
  Restricted Access
779.11 kBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated