Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13542
Title: TANGGUNGJAWAB KEPEMIMPINAN POLITIK MELAYU BERCIRIKAN RABBANI DI TERENGGANU
Authors: NIK ANIS SUHAILAH BINTI NIK MOHD
Pusat Pengajian Asas dan Liberal
Keywords: NIK ANIS SUHAILAH BINTI NIK MOHD
BP 190.5 .L4 N5 2018
Issue Date: 2018
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kepemimpinan politik Islam yang sempurna bermula pada zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah meninggalkan garis panduan yang lengkap dan terbaik untuk membentuk pemimpin yang patuh kepada perintah Allah SWT. Garis panduan ini telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pemimpin politik Islam seharusnya meletakkan Rasulullah SAW sebagai role model dalam menjalankan kepemimpinan agar dapat menjadi seorang pemimpin yang memiliki ciri-ciri rabbani. Kajian ini bertujuan untuk melihat aktiviti kepemimpinan bercirikan rabbani dalam kalangan pemimpin politik Melayu. Kepemimpinan politik rabbani dalam konteks kajian ini merujuk kepada perkongsian tanggungjawab dan pertanggungjawaban pemimpin kepada pengikut ke arah keredaan Allah SWT dalam menjalankan tugas berdasarkan kepada lima aktiviti utama iaitu pembinaan ihsan, pengupayaan kepimpinan, keakraban masyarakat, budaya ilmu dan pengurusan pembangunan masyarakat. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif manakala pendekatan kualitatif digunakan sebagai sokongan perbincangan. Data kuantitatif diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik kepada 384 orang responden di Terengganu yang terdiri daripada ahli parti UMNO dan PAS manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual ke atas lapan orang peserta kajian melibatkan pemimpin tertinggi parti politik UMNO dan PAS. Data kajian di analisis menggunakan perisian SPSS 20. Item statistik yang digunakan untuk analisis data kuantitatif termasuk min, ujian-t dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan pemimpin politik mengamalkan aktiviti kepemimpinan bercirikan rabbani pada tahap tinggi manakala tahap aktiviti kepemimpinan rabbani pemimpin UMNO dan PAS pula menunjukkan bahawa terdapat tiga aktiviti yang berbeza antara kedua-dua parti iaitu dari aspek pembinaan ihsan, pengupayaan kepimpinan dan budaya ilmu.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13542
Appears in Collections:Pusat Pengajian Asas dan Liberal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
BP 190.5 .L4 N5 2018 Abstract.pdf235.91 kBAdobe PDFView/Open
BP 190.5 .L4 N5 2018 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.1 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated