Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13528
Title: Pembuatan Polisi Syariat Islam Di Aceh: Kajian Kes “Peraturan Bupati Nombor 5 Tahun 2010”
Authors: Nellis Mardhiah Binti Sahidan
Keywords: Nellis Mardhiah Binti Sahidan
BP 176 .N4 2014
Issue Date: Jan-2015
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Tesis ini adalah mengenai pembuatan polisi awam di Aceh, khususnya mengenai syariat Islam di daerah Aceh Barat. Dengan memfokuskan kepada “Peraturan Bupati Aceh Barat Nombor 5 Tahun 2010” iaitu tentang “Penegakan Syariat Islam dalam Pemakaian Busana Islam” (PSIPBI) di Aceh Barat, tesis ini menjelaskan pembuatan polisi tersebut berdasarkan tiga objektif: i) menjelaskan proses “penstrukturan masalah polisi” di peringkat pembentukan agenda (agenda setting); ii) mengenalpasti ciri-ciri utama dalam pemformulasian polisi awam sebagai undang- undang rasmi di daerah Aceh Barat; dan iii) menjelaskan kekuatan serta kelemahan yang wujud dalam pembuatan polisi tersebut. Bagi mencapai kesemua objektif di atas, tesis ini telah menggunapakai kaedah kualitatif dengan menekankan aspek triangulasi data berdasarkan data primer dari dokumen-dokumen rasmi kerajaan serta temubual mendalam dengan pemberi maklumat utama (key informant) dan data sekunder. Dokumen-dokumen rasmi diperolehi dari pejabat-pejabat kerajaan di Aceh Barat serta laman web rasmi kerajaan manakala data temubual mendalam diperolehi dari temubual dengan tujuh (7) pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat dalam agensi kerajaan di Aceh Barat semasa tempoh pembuatan polisi PSIPBI. Data sekunder diperolehi dari pelbagai universiti.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13528
Appears in Collections:Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi..

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
BP 176 .N4 2014 Abstract.pdf269.75 kBAdobe PDFView/Open
BP 176 .N4 2014 Full Text.pdf
  Restricted Access
1.72 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated